Friday, August 31, 2012

SESAL TAK DAPAT BANTU KAWAN

SALAM AIDILFITRI DAN SALAM KEMERDEKAAN buat semua pengunjung blog ini. Apabila tuan-tuan membaca blog ini bermakna tuan-tuan sekurang-kurangnya ada satu kad kredit bermasalah. Hehehe...Mohon maaf, berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin tuan-tuan terserempak sahaja ke sini.

Walaupun apa tujuan tuan-tuan. Blog ini khusus buat pemegang kad kredit yang mahu nyahkan 'interest' kad kredit setiap bulan.

Kenapa?

Kerana saya akan cuba membantu tuan-tuan membayar bil kad kredit dengan tenang TANPA faedah. Insya-Allah.

Kesal Tak Berpeluang Bantu

Saya telah membantu ramai orang menyelesaikan masalah kad kredit dengan kaedah EPP ini. Namun begitu, ada dua rakan pada minggu lepas mengadu masalah kad kredit dan tidak dapat diselamatkan lagi kerana sudah naik mahkamah dan kad kredit sudah disekat. Nak buat macam mana. Sudah terlambat. Mereka lambat maklumkan masalah masing-masing. Saya pula tidaklah pula bila berjumpa bercerita tentang ini kerana mereka tak pernah suarakan masalah mereka.

Bahaya Kad Kredit

Saya salin petikan ini daripada blog Ustaz Zaharudin. Mungkin ia dapat membantu tuan-tuan. Memang ramai menyedari bahaya kad kredit jika tak mampu jelaskan bayaran mengikut jumlah dan tempohnya.

Kad yang sengaja menggalakanpemilik melewatkan bayaran ; 

Kad ini juga sememangnya direka cipta untuk memerangkap pengguna. Saya mengatakan demikian kerana, kerangka asas kad ini adalah pengguna HANYA diminta untuk membuat bayaran bulanan hanya 3-5 % dari jumlah penggunaan bulannnya. Jika semua jumlah yang digunakan dilangsaikan sebelum tempoh ‘grace period' (biasanya 20 hari), pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj. Sebarang tangguhan bayaran melebihi 20 hari, caj interest RIBA yang tinggi akan dikenakan.
Di Malaysia cajnya hasil peraturan yang dikenakan oleh bank Negara Malaysia, caj interest kad kredit di Negara ini seperti berikut :-
No. of prompt payment in the past 12 months
Interest Rate
Tier 1
12 consecutive months
13.5%
Tier 2
at least 10
16%
Tier 3
Others
17.5%
Keterangannya
Tier-1 : Caj tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang secara konsisten melangsaikan bayaran minimum secara berturut-turut selama 12 bulan yang sebelumnya dalam tempoh dibenarkan.
Tier-2 : Caj interest tahunan yang dikenakan bagi pemegang kad yang melangsaikan bayaran minimum  selama 10 bulan dalam setahun,
Tier-3 : Caj yang dikenakan bagi semua pemeganga yang tidak menepati dua ciri di atas.
Boleh difahami dari jadual di atas, bagi mereka yang gagal melangsaikan bayaran minimum secara konsisten akan menderita dengan kadar riba yang lebih tinggi berbanding mereka yang konsisten membayar. Pun begitu, kadar caj interest terendah bagi bank-bank pengeluar kad di Malaysia adalah 13.5 % dan tertinggi adalah 17.5 %. Itu adalah setelah peraturan baru yang dikeluarkan oleh bank Negara Malaysia. Perlu disedari caj tersebut amat lah tinggi dan tersangat merugikan.
Pembaca boleh melihat sendiri bagaimana caj yang dikenakan oleh HSBC bank di link INI.
Manakala Standard Chartered Bank seperti berikut PULA
Perlu difahami, jumlah yang dituntut bayar setiap bulan oleh pihak bank biasanya hanya 5 peratus dari jumlah penggunaan bulanan, manakala jumlah interest sebanyak 1.46 peratus setiap bulan (atau 17.5 % tahunan) itu akan dikenakan kepada semua pokok hutang atau jumlah tertunggak.
Sekarang cuba bayangkan, ruginya mereka yang membeli belah dengan menggunakan kad kredit dan kemudian membiarkan caj berbelas peratus itu dikenakan ke atas mereka. Jika pengguna faham dan sedar, bermakna setiap pembelian pengguna akan lebih mahal berbanding pembayaran yang dibuat secara tunai atau menggunakan debit kad.
jerangkap.jpg
 
CONTOH KIRAAN MUDAH
Sekali lagi, ini bermakna, pembeli yang membeli menggunakan kad kredit membayar secara purata adalah 17.5 % tahunan (iaitu sama dengan 1.46 peratus bulanan) berbanding pembeli secara tunai.

Sebagai contoh kiraan mudah faham, katalah Ah Chong berbelanja menggunakan kad kredit sebanyak RM 10,000  (nilai pokok pinjaman) pada bulan Januari, dia perlu membayar semula jumlah tersebutditambah 1.46 peratus setiap bulan iaitu RM 146. Memang benar, ia kelihatan kecil, tetapi cuba fahamkan bahawa jumlah tersebut bersifat compounding atau akan masuk di dalam jumlah pokok.

Katalah Ah Chong tidak membayar jumlah minima wajib 5 % setiap bulan. Maka akibatnya pada bulan Januari, jumlah pokok yang perlu dibayar meningkat kepada RM 10,146. 

Pada bulan Februari, jika jumlah tersebut dibiarkan, lagi 1.46 peratus dikenakan dari jumlah baki terkumpul yang baru iaitu 1.46 peratus x RM 10,146 = RM 148.13. 

Pada bulan Mac, jumlah pokok terkumpul sudah berubah menjadi RM 10,146 + RM 148.13 = RM 10,294.13.
 
Begitulah kiraan dipermudah bagi caj interest bulanan sehinggalah semua jumlah tertunggak itu diselesaikan. Akibat dari cara kiraan sebegini sekitar 30 peratus pemilik kad kredit jatuh muflis, kebanyakkannya dari kalangan eksekutif muda yang tidak dapat mengawal runtunan nafsu berbelanja dan kurang displin dalam membayar hutang.

Menurut statistik yang diperolehi oleh BNM, jumlah hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun.Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan. Bank-bank Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar (RM5). Mujurlah di Malaysia, BNM menghadkan caj interset maksimum kepada 17.5 % setahun sahaja, bayangkan di Negara lain seperti Amerika, caj tersebut boleh meningkat kepada 40 %, malah pihak bank di sana sentiasa mendesak kerajaan agar menghapuskan kadar maksimum interest bagi kad kredit. 

Bayangkah betapa ruginya menggunakan kad kredit dari sudut kiraan duit, lebih mendukacitakan, mereka juga dikira terjebak dengan dosa riba yang maha besar setiap kali penggunaannya.

Sudahlah rugi dari perspektif kewangan, rugi juga dari sudut spiritual

Kerana itu, saya tidak sama sekali menggunakan kad kredit. Sehingga hari ini,  saya tidak memilik satu pun kad kredit walaupun ia kad kredit yang diolah secara Islam. Cukuplah memadai dengan kad caj Islam dan kad debit Islam saya gunakan bagi segala macam urusan.

CAJ LAIN

Selain dari caj-caj utama yang disebutkan di atas, caj lain juga adakalanya perlu disemak sebaiknya. antara caj yang dikenakan oleh pengeluar kad kredit adalah :-
  • Caj kelewatan pembayaran iaitu 1 % dari jumlah tertunggak atau maksimum RM 100.
  • Yuran tahunan, namun sebahagian pengeluar kad menyerap kos ini bagi menjadikan kad mereka lebih menarik.
  • Caj bagi pembelian antarabangsa samada jika pengguna membeli di luar Negara atau membeli barangan luar Negara melalui internet. HSBC dan Maybank mengenakan caj sebanyak 1.25 % dari nilai harga belian luar negara terbabit.
  • Caj 5 % apabila membuat belian terlebih dari had kredit yang dibenarkan. Di Amerika Syarikat, difahamkan ada pihak pengeluar sengaja merendahkan jumlah had kredit tanpa memaklumkan kepada pelanggan dengan niat sengaja memerangkap pelanggan dengan caj ini. Di Malaysia saya tidak pasti, namun ada baiknya pembaca menyemak sendiri dengan pengeluar kad masing-masing. Ia dipanggil overlimit fees. HSBC mengenakan kos caj sebanyak RM 25 sebulan.
  • Sebahagian pengeluar mengenakan cash advances fees. HSBC mengenakan caj sebanyak 5 % dari jumlah tunai yang dikeluarkan atau RM 5 minimum.
  • Selain cash advance fee, cash advances itu sendiri dikenakan caj yang tersendiri iaitu 18 % dari jumlah yang dikeluarkan, itu adalah caj yang dikenakan oleh HSBC sebagai contoh.

0 comments:


  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP